Terma dan Syarat
Dengan mengakses atau menggunakan Sistem PahangGo Sewaan, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut yang ditetapkan oleh Pahang Go Sdn Bhd.
- Penggunaan Sistem: Sistem ini disediakan untuk orang ramai bagi tujuan menghantar permohonan sewaan permis PBT melalui Pahang Go.
- Akaun Pengguna: Pengguna bertanggungjawab terhadap kerahsiaan maklumat akaun mereka termasuk kata laluan dan aktiviti yang dijalankan menggunakan akaun tersebut.
- Kandungan dan Hak Milik: Semua kandungan sistem adalah hak milik Pahang Go Sdn Bhd kecuali dinyatakan sebaliknya. Pengguna tidak dibenarkan menyalin, menyebar atau mengubah kandungan tanpa kebenaran bertulis.
- Penamatan Akses: Pahang Go Sdn Bhd berhak untuk menamatkan akses pengguna sekiranya terdapat pelanggaran terhadap mana-mana syarat penggunaan.
Dasar Privasi
Dasar privasi ini menerangkan bagaimana maklumat pengguna dikumpul, digunakan, dan dilindungi oleh Pahang Go Sdn Bhd:
- Maklumat Dikumpulkan: Kami mengumpul maklumat seperti nama pemohon, emel, nombor telefon, serta dokumen sokongan dalam format PDF, PJG dan JPEG.
- Tujuan Penggunaan: Maklumat ini digunakan untuk memproses permohonan sewaan dan digunakan untuk mengukuhkan permohonan sewaan premis PBT.
- Perkongsian Maklumat: Maklumat pengguna hanya akan dikongsi dengan Kerajaan Negeri Pahang bagi tujuan pelaporan. Ia tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran pengguna kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
- Keselamatan Data: Kami mengamalkan langkah-langkah keselamatan teknikal dan pentadbiran untuk melindungi data peribadi daripada akses yang tidak dibenarkan atau pencerobohan.
- Notifikasi Emel: Pengguna bersetuju bahawa Pahang Go Sdn Bhd boleh menghantar notifikasi berkaitan status permohonan dan pengesahan melalui emel rasmi yang didaftarkan.
Dengan terus menggunakan sistem ini, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat serta Dasar Privasi ini.