Permohonan Sewaan Premis Pihak Berkuasa Tempatan
PermohonanTUJUAN
Membolehkan Permohonan Premis PBT di Negeri Pahang Secara Atas Talian
Pelaksanaan permohonan premis PBT di Negeri Pahang secara atas talian adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Pahang yang menetapkan bahawa semua inisiatif berimpak tinggi berkaitan pendigitalan perkhidmatan agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, dan Badan Berkanun Negeri hendaklah dilaksanakan melalui Pahang Go Sdn. Bhd. Dengan itu, semua permohonan premis PBT kini boleh dipohon melalui platform PahangGo Sewaan.
Tujuan utama pelaksanaan ini adalah untuk:
1. Meningkatkan kecekapan urusan permohonan bagi pengguna dan pihak berkuasa.
2. Memastikan penyelarasan data di peringkat negeri dan agensi berkaitan.
3. Memantapkan ekosistem digital Kerajaan Negeri Pahang secara menyeluruh.
KRITERIA
Permohonan sewaan permis perlulah memenuhi kriteria berikut
01
Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia.
02
Pemohon mestilah berusia lebih 18 tahun ke atas.
03
Mempunyai sumber kewangan/modal perniagaan yang mencukupi.
04
Bersih daripada senarai hitam PBT.
LANGKAH - LANGKAH PERMOHONAN
01
Daftar sebagai pengguna baharu melalui platform PahangGo Sewaan.
02
Log masuk ke sistem menggunakan akaun yang telah didaftarkan.
03
Lengkapkan maklumat permohonan dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
04
Semak maklumat yang dimasukkan dan hantar permohonan untuk diproses.
05
Pihak berkuasa tempatan akan membuat semakan terhadap permohonan yang diterima.
06
Status permohonan akan dikemaskini dalam sistem sama ada diluluskan atau sebaliknya.
07
Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon hendaklah menghubungi pihak majlis untuk tindakan lanjut.